Sunday 15 May 2011

Diaper House di Tamu Keningau

Lebih kurang jam 7 pg kami bertolak dari rumah dan sampai di tamu Keningau likungan jam 8 pagi. Hampir kesemua penjual sudah ada di sana. Dengar-dengar cerita ada sesetengah peniaga yang tidur di tapak tamu Keningau dari hari malamnya lagi. Ini kerana tapak tamu Keningau mengikut sistem 'siapa cepat, dia dapat' (boleh pilih lokasi gerai sendiri). Mungkin kerana sewa tapak di tamu Keningau adalah murah iaitu sekitar RM3 sahaja. Kebanyakan gerai di sana menjual sayur-sayuran dan makanan. Ada sesetengah sayuran itu tidak pernah pun kami lihat.

Berbalik kepada Diaper House, permintaan terhadap lampin pakai buang amat memberansangkan. Diaper saiz L dan XL yang kami bawa hampir habis. Manakala saiz M pula telah habis lebih kurang setengah daripada stok yang kami bawa. Saiz NB dan S pula tidak banyak dibeli. Ini meleset daripada jangkaan kami kerana menjangkakan orang-orang Keningau kiut-miut saiznya, jadi mungkin saiz S lah yang sepatutnya paling laku dijual. Realitinya, saiz L dan XL lah yang paling banyak dibeli. Mungkin ini disebabkan oleh harga kami yang dijual secara borong (semua saiz sama harga). Jadi, banyak lah untung pembeli jika membeli saiz L dan XL daripada Diaper House daripada membeli saiz L dan XL di kedai/supermarket. Berapa ye harga diaper kami ??????

Hubungi kami untuk mengetahui harga istimewa lampin pakai buang daripada Diaper House...

0 comments:

Post a Comment